Sunday, August 7, 2011

kentut batal pose x?


Asaalamualaikum.

bjumpa lg kte di entry bulan Ramadhan ni..amacam pose stakat ni?harap2 penuhla hendaknye ya..sedang sy smpai di tempt krja pg td sy was2 tntng 1 perkara yg mungkin mmbuatkn puasa sy batal. mata sy sumtime cpt kering espesely ddk dlm ekon jd sy pn cube gugel utk mndapatkn kepastian. mari kte kongsi info penting ini.


Dibawah ini disediakan sedikit bingkisan yang dipetik dari Majalah Al-Islam keluaran Ogos berkenaaan Hukum-hukum berkaitan puasa hasil rujukan dari kitab Ahkam al-Siyam. Moga kita sama-sama dapat manfaat dari maklumat ini.

1. Menggunakan titisan eyemo atau ubat mata tidak membatalkan puasa
kerana mata bukanlah ruang yang terbuka. Begitu juga dengan memakai celak tidaklah membatalkan puasa seperti fatwa Syeikh al-Syarbasi.



2.  Suntikan melalui dubur membatalkan puasa
kerana ia merupakan ruang yang terbuka.


3. Suntikan melalui urat pula tidak membatalkan puasa.
Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh lujnah Al-Azhar 1948, apa yang sampai ke dalam badan melalui bukan rongga yang terbuka tidak membatalkan puasa.
5. Air kumur atau yang dimasukkan ke dalam hidung ketika berwuduk sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa
sekiranya perbuatan tersebut dilakukan secara tidak berlebih-lebihan.


6. Puasa seseorang yang makan atau minum kerana dipaksa tidak batal
disebabkan kemahuannya terhalang ketika itu.
7. Seseorang yang termuntah tidaklah batal puasanya
berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah daripada Abi Daud dan al-Tirmizi. ( Maksud hadis tak disediakan )

 
 
8. Mengambil pil penahan haid kerana ingin berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dibolehkan
tetapi afdhal jangan mengambilnya kerana kekal mengikut takdir Allah swt terhadap wanita. Ini pendapat Syeikh Uthaimin. Pendapat ini juga sama seperti pendapat Dr Yusuf al-Qardhawi yang berkata: “ Pada pendapat saya sebaik-baiknya wanita itu mengikut kejadian semual jadinya. Haid adalah sesuatu yang tabii dan tidak dapat dielakkan. Ia datang daripada Allah. Sekiranya wanita mengambil ubat untuk melewatkan haid agar ia tidak datang pada bulan Ramadhan, hukumnya tidak mengapa dengan syarat ubat itu tidak memudaratkan dirinya. Mereka boleh meminta nasihat orang alim dan pakar, atau nasihat doctor mengenai ubat itu.


9. Menggunakan ubat gigi pada siang hari pada bulan Ramadhan dibolehkan
tetapi afdhal ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut. Ini pendapat Syeikh Uthaimin.

10. Orang yang sakit buah pinggang yang dinasihatkan berbuka oleh pakar boleh berbuka
dan tidak perlu qada’ sebaliknya memberi makan kepada fakir miskin setiap hari puasa yang ditinggalkan dengan kadar secupak. Tetapi sekiranya penyakitnya hilang atau sembuh, hendaklah diqada’kannya seperti fatwa Ibn Jabrin.


11. Hukum menggunakan inhaler pada siang hari pada penyakit astma dibolehkan
kerana gas tersebut tidak sampai ke dalam perut tetapi sekadar untuk pernafasan. Ini pendapat Syeikh Hushaimi dan Syiekh Ibn Jabrin.

12. Merokok SEMESTINYA la kan membatalkan puasa
seperti pendapat jumhur ulama. Inilah pendapat Syeikh al-Syarbasi. Mengikut pendapat Syeikh Husanain Mahluf dalam Fatwa Syari’iyah serta dikenakan kaffarah mengikut pendapat yang sah. Inilah yang dinukilkan daripada al-Alamah Ibn Abidin dan juga al-Alamah al-Syarambalali dalam kitabnya Imdad al-Fattah.


Jd kesimpulannya bolehla sy pkai ubt mata tanpa rasa was2 lg :)



*klu islam meletakkn hukum kentut boleh mmbatalkn puasa macamane ya?

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan #3

Alhamdulillah..



Masih mampu meneruskan ibadah puasa..
Semoga ramadhan thn ni dpt beroleh kebaikan dan ganjaran pahala bg kte smua

03/08   13:40pm